nak tahu tak?

kek batik 

nampak sedap kan


huh lame gak tak makan kek batik..kek ni resepi mak cik aku...so aku pon try ler buat...hihih kek batik ni merupakan sejenis kek yang bentuknyer berbelang2 macam zebra,,,ngeh2..mari kawan2 kite buat..yummy..


Bahan-Bahannya:-

4 biji telur
1 ketul butter
1 cawan gula
1 kati biskut merie (600 gram) – patah empat
½ cawan milo
½ cawan koko powder
1 mug air

Caranya:-

1. Pukul butter, telur dan gula
2. Masukkan milo dan serbuk koko, kacau hingga rata
3. Masukkan air, gaul hingga rata
4. Masukkan ke dalam kuali/ periuk – masak dengan api perlahan
5. Setelah mendidih dan agak pekat, masukkan biskut marrie yang dipatah 4. Gaul rata
6. Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastic, tekan hingga padat
7. Sejukkan dan potong.



 puding koktel(yang masa farewell)
puding yang ni dah diubah suai dengan letak milo utk rasa coklat..yummy

 aku belajar wat puding ni mase mak dak aku datang umah aku..mule2 tengok macam tak sedap..tapi bila dah makan ngan kuah die yang sejuk tu,,perh..sedap hu=ingga tak cukup jari nak jilat..hmm aku nak kongsi resepi ngan korang cara nak buat puding ni...sonang jer..hikhik..selamat mencube...

bahan untuk puding:
  1. 1 cawan gula pasir
  2. 1 cawan tepung custard
  3. 1 cawan susu sejat
  4. 4 1/2 cawan air sejuk
  5. sedikit esen vanila
bahan untuk kuah:

  1. 1/2 camca tepung custard
  2. 2 cawan susu sejat
  3. 1/2 cawan gula pasir
  4. 2 cawan airmasak
k cara wat puding:
1.masukkan semua bahan puding kemudian gaulkan diatas api hingga adunan tersebut likat dan berkilat.
2. tuang ke dalam acuan yang dikehendaki

cara wat kuah lak:
1. masukkan semua bahan kuah.masak sehingga kuah tersebut berasap sahaja..kemudian sejukkan kuah tersebut.
2.bila dah sejuk hidangkan dengan buah koktel...
3. enak dimakan ketika sejuk..


selamat mencuba









Tiada ulasan:

Catat Ulasan